01:57

PROMOSI


PROMOSI / TAWARAN
 
TAWARAN 1 : 

Dapatkan PERCUMA 
1 scoop litter / penyodok pasir 
dan
1 beg Catit Litter / pasir tandas 
dengan setiap pembelian tandas kucing dari brand Catit
sila sms HOODED ke 0122395925 untuk maklumat lanjut

SEMENTARA STOK MASIH ADA

TAWARAN 2 : 

Dapatkan 
1 botol Bacoff Pet Area All purpose
dan
1 botol Bacoff Pet Area Sanitizing Deoderiser 
dengan harga RM35.00

Jimat RM4.80
Harga asal RM19.90 sebotol
sila sms bacoff ke 0122395925 untuk maklumat lanjut

SEMENTARA STOK MASIH ADA

 
PROMOSI eSHOP :

PENGHANTARAN PERCUMA BAGI SETIAP PEMBELIAN RM 50.00 ke ATAS
 
 
TQ

 

01:23

PENGUMUMAN


PERHATIAN:
Waktu Operasi Sepanjang Bulan Disember

untuk maklumat terkini LIKE page kami
www.facebook.com/lynnvetclinic

04:01

OUR CALENDAR



PERHATIAN :
SILA BACA mesej ini hingga habis sebelum anda membuat temujanji.


Temujanji HANYA untuk :

1- Grooming(Mandikan kucing)  dari hari Isnin hingga Sabtu
2- Pemandulan (Jantan & Betina) pada hari Isnin, Selasa, Jumaat & Sabtu
3- Rawatan Pergigian HANYA pada hari RABU
4- TIADA TEMUJANJI pada hari Khamis 
5- Pemandulan dan Rawatan Pergigian bergantung kepada Vet Bertugas.
Sila AMBIL PERHATIAN : 

Untuk Pembedahan(Surgery) , Pemandulan  & Rawatan Pergigian
  1. Semua kucing perlu di hantar ke KLINIK HAIWAN LYNN  sebelum 12.00 tgh hr.
  2. Jika TIDAK anda mungkin perlu membuat temujanji baru bergantung kepada kelapangan / kekosongan jadual temujanji.
  3. Ini kerana waktu pembedahan kami adalah di antara jam 12 tgh hr sehingga 2.30 ptg pada hari biasa, dan 3.00ptg hingga 5.30ptg pada hari Sabtu dan cuti umum. Kami memperuntukan 5 kes setiap hari ini TIDAK termasuk kes kecemasan dan kes yang tidak dirancang. Oleh itu kami perlu merancang dengan teliti.
  4. Semua kucing PERLU DIPUASAKAN terlebih dahulu (TIDAK makan dari tengah malam, TIDAK minum dari awal pagi) ini bagi mengelakkan komplikasi ubat bius semasa prosedur dijalankan
  5. Kami sangat menggalakkan untuk anda mengambil kucing anda pada keesokan harinya.
Untuk Grooming / Mandi
  1. Semua kucing perlu di hantar ke KLINIK HAIWAN LYNN  sebelum 12.00 tgh hr.
  2. Jika TIDAK anda mungkin perlu membuat temujanji baru bergantung kepada kelapangan / kekosongan jadual temujanji.
  3. Ini kerana waktu grooming kami adalah di antara jam 12 tgh hr sehingga 2.30 ptg pada hari biasa, dan 3.00ptg hingga 5.30ptg pada hari Sabtu dan cuti umum.
    Kami memperuntukan 5 kucing untuk dimandikan setiap hari,  ini TIDAK termasuk kucing yang sedia ada (boarding di klinik kami). Oleh itu kami perlu merancang dengan teliti.
  4. Pemeriksaan Kesihatan akan dilakukan oleh Vet atau Pembantu Vet sebelum kucing di mandikan.
  5. Cas Tambahan  akan dikenakan untuk kes seperti bulu bergumpal yang teruk dan banyak, jangkitan pada telinga, masalah kulit dan ubat bius bagi kucing yang garang dan agresif.
    * Cukur bulu masuk bawah kategori SURGERY bukan GROOMING
Pengambilan / Pick-up
Anda boleh mengambil kucing anda pada hari yang sama pada jam 5.30 petang.
Walau bagaimanapun bagi kucing yang berbius terutama yang menjalani pembedahan, anda digalakkan untuk mengambil kucing anda pada keesokkan hari. Ini kerana anda masih dalam keadan mamai dan tidak stabil.
Pembayaran
Cas deposit sebanyak RM50.00 akan di ambil semasa penghantaran.
Baki bayaran boleh dibuat semasa mengambil kucing.
Kami menerima TUNAI, Kredit atau Debit Kad.
Membuat Temujanji / Booking Appointment 
Anda boleh refer pada JADUAL di bawah
BUSY - menandakan slot tersebut telah di ambil / di isi
Hijau mewakili Grooming
Coklat mewakili Surgery/Pembedahan
kosong menandakan slot masih ada melainkan tertulis Vet TIADA atau kami TUTUP

Selepas menetapkan tarikh, anda boleh membuat temujanji melalui 2 cara

1. Dengan menggunakan BORANG TEMUJANJI
      Selepas hantar mengisi dan hantar borang temujanji, kami akan proses dalam tempoh
      24-48 jam hari bekerja, sekiranya anda tidak mendapat maklum balas harap dapat
      menghubungi kami di talian 0378461659 atau 017 2395 247

2. Dengan terus menghubungi kami di +601378461659 atau +60172395247


03:29

PEMANDULAN / NEUTER

PANDUAN PEMANDULAN/ NEUTER

Pemandulan atau
NEUTER adalah proses atau pembedahan yang dilakukan bagi mengawal pembiakan kucing.

PEMANDULAN
UNTUK JANTAN

  • Pemandulan JANTAN melibatkan pembuangan gonad JANTAN atau  testis(telur)
  • Kos RM 100.00  se-ekor
  • Kos adalah tertakluk pada kes normal SAHAJA
  • Cas tambahan akan dikenakan pada kes-kes seperti
  • Cryptochidism~~keadaan di mana salah satu atau kedua-dua gonad atau testus tidak berada didalam kamtung /scrotum.
  • Orchitis/Epididymitis – jangkitan kuman pada gonad atau testis
  • Lain-lain komplikasi
  • Cas bagi kes- kes seperti ini di antara RM 150 ke atas, bergantung kepada keadaan kes tersebut.

PEMANDULAN UNTUK BETINA

  • Pemandulan BETINA melibatkan pembuangan sistem pembiakan BETINA, termasuk gonad BETINA atau ovari
  • Kos RM 150.00  se-ekor
  • Kos adalah tertakluk pada kes normal SAHAJA
  • Cas tambahan akan dikenakan pada kes-kes seperti
      • Pyometra – jangkitan kuman pada rahim
      • Cystic Ovary
      • Early Pregnancy* – Kehamilan / Bunting awal
        * kami menerima pemandulan bagi "early pregnancy" – anggaran umur kandungan kurang dari 3minggu.
      • Lain-lain komplikasi
  •  Cas bagi kes- kes seperti ini di antara RM 180 ke atas, bergantung kepada keadaan kes tersebut.
Prosedur
  • Pertama sekali anda perlulah membuat temujanji/appoinment dengan pihak kami untuk membuat temujanji
    • sila rujuk jadual kami disini
    • dan hubungi kami di sini 03 78461659 atau 01723958247
  • Syarat-syarat kucing untuk di NEUTER
    • Mestilah SIHAT  - bebas dari penyakit
    • Tidak menjalani sebarang rawatan 
      • contohnya; sedang dirawat kerana masalah cirit birit
    •  TIDAK datang BIANG atau on-heat bagi kucing BETINA
      • untuk mengelakkan komplikasi pendarahan semasa pembedahan
    • Tidak BUNTING
      • bunting peringkat awal / early pregnancy , kurang dari 3 minggu masih diterima
    • Bagi KUCING YANG BARU BERANAK 
      • anak mati semua --BOLEH terus di NEUTER
      • anak hidup - TUNGGU sehingga anak sekurang-kurangnya berumur 2 bulan atau anak pandai makan sendiri.
    • Mendapatkan rawatan kutu /deflea
    • Sebaiknya kucing telah mendapatkan suntikan imunisasi

  • PERSEDIAAN KUCING ANDA
    • kucing perlu DIPUASAKAN bererti
      • tidak makan bermula 12.00 malam sebelumnya 
      • tidak minum bermula 6.00 pagi 
    • Ini PENTING bagi mengelakkan komplikasi sewaktu pembedahan  
    • sekiranya anda rasa SUKAR untuk puasakan dirumah, anda digalakkan untuk menghantar kucing anda sehari sebelum- cas tambahan RM15.00 akan dikenakan 
    • kucing yang tidak dipuasakan, akan dijadualkan prosedur untuk esok - cas tambahan RM15.00 akan dikenakan 
    • HANTAR ke klinik SEBELUM jam 12.00 tengah hari, supaya anda boleh mengambilnya semula jam 5.30 petang 
    • kucing yang dihantar SELEPAS jam 12.00 tengah hari, TIDAK boleh ambil pada hari yang sama.  ambil keesokkan hari-cas tambahan RM15.00 akan dikenakan
  • PENJAGAAN SELEPAS PEMANDULAN NEUTER (PEMBEDAHAN)
    • Sekiaranya anda ambil pada HARI YANG SAMA, dan kucing and masih dibawah pengaruh ubat BIUS, SILA
      • pastikan kucing diletakkan didalam sangkar secara sendirian 
        • seekor satu sangkar -- tidak bercampur dengan kucing lain 
        • ini bagi mengelakkan pergaduhan
      • tidak memberi MAKAN / MINUM sehingga benar benar pulih 100%
        • untuk mengelakan komplikasi
        • DINASIHATKAN sehingga keesokkan hari
    • Kucing JANTAN TIADA penjagaan khusus
      • kucing JANTAN boleh bermain dan kembali seperti biasa
    • Kucing BETINA memerlukan penjagaan khusus
      • Perlu dihadkan pergerakan, sebaiknya di kurung dalam sangkar
      • Memberi ubat selama 5 hari – seperti yang dinasihatkan oleh Doktor.
      • Memastikan bekas jahitan kering dan bersih
Cara memberi makan ubat boleh didapatkan di sini (akan datang)
Ini adalah garis panduan kami , ia mungkin berbeza dangan Klinik Haiwan lain.
Segala kemusykilan sila hubungi kami di sini

00:21

JAWATAN KOSONG di KLINIK HAIWAN LYNN

3 jawatan kosong  ; Kemasukan segera OGOS 2013

Jawatan 1 : Pembantu Veterinar  (TELAH DI ISI)

Kelulusan :
  • Mempunyai sijil atau diploma dalam bidang yang berkaitan dengan Veterinar atau Sains Haiwan
  • Atau sekurang-kurangnya sijil atau diploma kejururatan / nursing
Jawatan :  Pembantu Klinik (TELAH DI ISI)

Kelulusan :
  • Mempunyai sijil atau diploma dalam bidang yang berkaitan dengan Pengurusan Sains Kesihatan
  • Atau sekurang-kurangnya sijil atau diploma dalam bidang lain TETAPI mempunyai minat yang sangat tinggi dalam bidang Veterinar
  • atau ingin mencuba sesuatu yang baru TETAPI and perlulah seorang penggemar kucing
Jawatan : Pembantu Kedai Haiwan 
Kekosongan : 1 orang
Kelulusan :
  • SPM
Syarat-syarat lain:
  • tidak takut kepada haiwan terutama KUCING
  • mampu melakukan kerja dengan sendiri
  • boleh bertutur / menulis / membaca  dalam BAHASA MALAYSIA dan BAHASA ENGLISH
  • mempunyai disiplin yang tinggi
Apakah yang ditawarkan
  • potongan KWSP & PERKESO
  • insuran kesihatan bagi yang telah disahkan jawatan
  • kerja lebih masa bagi yang berminat
  • menghadiri kursus yang berkaitan
  • imbuhan gaji
sila hantarkan resume anda ke nylsay@yahoo.com
atau hubungi kami di sini
00:28

KAEDAH PEMBAYARAN

KAEDAH PEMBAYARAN

  1. Anda dinasihatkan untuk tidak terus membuat pembayaran serta merta kerana dikhuatiri barang yang di pesan kehabisan stok/tiada dalam stok.
  2. Setelah menerima pesanan (cara membuat pesanan boleh baca di sini) daripada anda, pesanan akan di proses....
    1. kami akan maklumkan kepada anda sekiranya ketiadaan stok atau ketiadaan warna/saiz (dansebagainya) yang dipinta
    2. sekiranya tiada masalah/ perubahan satu invoice akan diemailkan kepada anda
  3. Setelah bersetuju dengan invoice yang di hantar, anda diminta membuat pembayaran dalam tempoh 7 hari bekerja
  4. Satu mesej akan dihantar kepada anda 3 hari sebelum tamat tempoh - sebagai peringatan*Ini bererti pihak kami akan "hold" barang dipesan selama 7 hari sahaja
  5. Jika pembayaran TIDAK diterima, pesanan tersebut dianggap BATAL barang tersebut akan di "release" semula.

  6. Pembayaran boleh dibuat secara;
    • CDM (Cash Deposit Machine) 
    • online transfer interbank 
    • GIRO Interbank Transfer Fund
  7. Butiran Bank Akaun adalah seperti berikut
    •  Maybank       1121 4803 6091
    • CIMB                1271 0003 0600 51
    • RHB                 1122 5500 2348 90
    • sila masukkan butiran berikut
      1. Nama : YASLYNN BINTI YAMIN
      2. Email : lynnpetscorner@gmail.com
    • Sekiranya anda membuat pembayaran guna CDM (Cash Deposit Machine) sila scan/amik gambar pastu email kepada kami.
Selepas kami sahkan pembayaran anda, penghantaran dilakukan. Maklumat penghantaran boleh baca disini
22:24

EAGLE PACK


Eagle Pack is an establish pet food brand world wide.
Been in Malaysia for long time.
It was difficult to find it in market or almost unable to find it in market for couple years ago.
Now "Eagle Pack" return to Malaysia.
So for the Eagle Pack lover,
 you can get your cat food
at Lynn Pets Corner
Available in 3 sizes
  • Small 3lbs
  • Medium 5lbs
  • Large /big 12lbs
Available in 4 flavour
  • Original Adult (RedPink)
  • Indoor Cat (Blue)
  • Kitten (Purple)
  • Multicat (Green)

12:21

KAEDAH MEMBELI BARANG



Bagaimana untuk membeli barang di eSHOP kami
  • Anda perlu melayari kedai OnLine kami di sini
    • Untuk membeli atau membuat pesanan anda perlu mendaftar atau log in terlebih dahulu.
  • Setelah pembelian atau pesanan dibuat
    • JANGAN TERUS membuat bayaran 
    • Tunggu respon atau maklum balas dari kami
    • Sekiranya anda tidak menerima maklum balas sila berhubung dengan pihak kami 
  • Pesanan akan di PROSES
    • sekiranya barang yang dipesan STOK SEDIA ADA
      • invoice akan dikeluarkan bagi memaklumkan kos penghantaran serta JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR
      • sekiranya anda BERSETUJU dengan JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR, PEMBAYARAN PERLU DI BUAT dalam tempoh 7 hari 
      • CARA MEMBUAT PEMBAYARAN klik di sini
    • sekiranya barang yang dipesan KEHABISAN STOK
      • Kami akan menghubungi anda dan memaklumkan bahawa barang yang di pesan kehabisan stok
      • Kami akan maklumkan bila STOK baru akan sampai
      • Kami juga akan mencadangkan barang yang lebih kurang sama
      • ANDA bebas MEMILIH sama ada
        ingin menunggu sehingga stok sampai    
        ingin membatalkan pesanan   
        ingin memesan barangan yang dicadangkan   
        ingin membuat pesanan baru 
      • Sekiranya barang yang dipesan telah sampai, kami akan memaklumkan kepada anda  dan proses seperti di atas (STOK SEDIA ADA) akan di ikuti
    • sekiranya barang yang dipesan STOK BERHENTIKAN
      • Kami akan menghubungi anda dan memaklumkan bahawa barang yang di pesan telah diberhentikan pengeluarannya.
      • KAMI akan mencadangkan barang yang lebih kurang sama
      • ANDA bebas MEMILIH sama ada
        ingin menunggu sehingga stok sampai    
        ingin membatalkan pesanan   
        ingin memesan barangan yang dicadangkan   
        ingin membuat pesanan baru 
  • PASTIKAN anda memberi nama, alamat pengiriman yang penuh , telefon rumah, telefon bimbit anda yang betul, bagi memudahkan proses penghantaran.
  • ANDA perlu membuat BAYARAN dalam tempoh 7 hari.
  • Anda diminta membuat pembayaran dalam tempoh 7 hari selepas invois diberikan kepada anda
  • Sekiranya gagal, pesanan anda akan diBATALkan
  • Penghantaran hanya akan dibuat selepas pengesahan bayaran diterima.
  • Sila rujuk bahagian PEMBAYARAN untuk mengetahui cara pembayaran.
  • PENGHANTARAN
    • Selepas pembayaran anda disahkan
    • 1 sms akan dihantar kepada anda sebagai pengesahan
    • Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh 1-3 hari bekerja
    • 1 sms akan dihantar beserta dengan nombor  track penghantaran
  • Sila rujuk bahagian PENGHANTARAN untuk mengetahui cara dan kos penghantaran

    INSYA-ALLAH ANDA AKAN MENERIMA PESANANAN ANDA SELEWAT-LEWATNYA DALAM 7 HARI BEKERJA